Kelas MS PowerPoint (Mencipta Clip Art), E-Learning & Advokasi KDB

15 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas MS PowerPoint (Mencipta Clip Art), E-Learning & Advokasi KDB ini telah diadakan pada hari Jumaat, 14 Disember 2018. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari cara menghasilkan clip art berbentuk kumbang menggunakan kumpulan perintah Drawing yang terdapat pada Home tab dalam MS PowerPoint.

Selepas itu, kelas diteruskan dengan menjawab soalan kuiz yang diadakan secara atas talian melalui laman web www.quizizz.com bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam matapelajaran-matapelajaran yang dipelajari di sekolah, disamping dapat menarik minat mereka untuk belajar menggunakan kemudahan ICT yang terdapat di Pusat Internet Bogag.

Akhir sekali, taklimat advokasi kempen Klik Dengan Bijak (KDB) diadakan bagi mendidik para peserta tentang panduan keselamatan ketika melayari internet terutamanya dalam mencegah dan menangani jenayah siber seperti penipuan kewangan dan penyebaran maklumat palsu.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 10 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali